NADI FELDA Sungai Lui kini dibuka semula dan beroperasi seperti biasa

30 Mac 2026 | Aktiviti Terkini

30 Mac - Dimaklumkan bahawa NADI FELDA Sungai Lui telah kembali beroperasi seperti biasa selepas kerja-kerja membaik pulih bangunan telah selesai dilaksanakan. Sehubungan itu, semua perkhidmatan di NADI kini boleh diakses semula oleh komuniti setempat seperti sediakala. Pihak kami mengucapkan terima kasih atas kesabaran dan kerjasama semua pihak sepanjang tempoh pelaksanaan kerja-kerja membaik pulih tersebut. Orang ramai dijemput untuk terus memanfaatkan kemudahan serta program yang disediakan di NADI FELDA Sungai Lui.


 

Kembali Ke Atas

kembali